Jumaat, 8 Mei 2009

Peningkatan amalan rasuah

Indeks rasuah negara dikatakan semakin meningkat. Hasil kajian pakar kriminologi BPR menunjukkan bahawa rakyat Malaysia paling banyak menerima rasuah dalam kategori megara membangun. Pihak kerajaan semakin gusar kerana peningkatan kes rasuah akan menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan masyarakat kepada kerajaan. Pihak luar pula akan berasa bimbang untuk mengadakan sebarang urusan dengan negara kita kerana ada unsur diskriminasi dan kepentingan. Dari segi pendapatan, kerajaan akan kerugian kerana kegiatan penyeludupan meningkat dan kutipan hasil kerajaan daripada tindakan saman akan menurun. Perkembangan ini adalah satu senarion yang dapat dilihat sebagai rapuhnya pegangan atau integriti seseorang pegawai kerajaan sehingga sanggup mengambil rasuah, satu perkara yang salah serta dilarang oleh agama.

Punca utama berlakunya kes rasuah ialah persaan tamak haloba, iaitu perasaan tamak untuk memperoleh harta gar cepat kaya serta ingin hidup mewah melebihi punca pendapatan, dan danya peluang yang terbuka luas.

Selasa, 5 Mei 2009

kebanjiran artis luar

ibarat menyusukan kera di hutan, anak dirumah kelaparan, itulah realiti yang hangat diperkatakan tentang industri muzik negara kebelakangan ini. kedatangan penyanyi solo, band, dan pemuzik luar yang leluasa hari ini, secara tidak langsung telah menggugat periuk nasi atau rezeki para artis tempatan. secara positifnya, kemasukan pemuzik luar ke negara ini diakui mampu untuk menyumbang kepada perkembangan industri muzik tempatan. walau bagaimanapun, dari sudut lainnya, perkara ini amat mendukacitakan kerana akan memberikan kesan negatif terhadap identiti muzik tempatan. ancaman seperti ini amat membimbangkan. bayangkanlah, apakah yang akan terjadi dengan industri muzik negara kita pada masa sepuluh tahun akan datang jika kemasukan lagu-lagu luar dibiarkan dengan leluasa? jawapannya ialah tentunya identiti muzik di negara ini akan lenyap dihentam asakan arus muzik luar.

keadaan ini tambah merunsingkan apabila kedudukan teratas carta lagu di beberapa buah stesen radio popular tempatan dikuasai oleh artis luar. senario ini sudah tentu menjejaskan kedudukan atau populariti artis tempatan. malah, mereka juga diberi pengiktirafan kerana kononnya memegang rekod lagu paling lama bertahan dalam carta lagu sebuah stesen radio swasta baru-baru ini. inikah yang dicari oleh peminat muzik tempatan dewasa ini? persoalannya ialah mampukah identiti muzik tanah air berkembang sekiranya kedatangan artis dan pemuzik luar tidak dihadkan?

Jumaat, 1 Mei 2009

pengalaman semalam

semalam saya berpeluang menyertai satu pertandingan yang dianjurkan oleh MSU & PTPL disekolah menengah kebangsaan (p) bukit kuda, klang. saya menyertai pertandingan membina blog, tetapi nasib tidak memihak pada saya, saya cuma mendapat tempat keenam dalam pertandingan itu. tetapi, saya bersyukur kerana saya memperoleh pengalaman serta kenalan baru dari sekolah lain. walaupun, saya tidak berpeluang untuk membawa sebarang pingat yang mampu membanggakan sekolah, saya bersyukur kerana masih diberi semangat untuk berusaha dan membuat persiapan awal untuk menyertai sebarang aktivi di masa akan datang. alhamdulillah.